Kali Kedua 4

By : Nur Hidayah

"Hasya, kau betul jadilah ni nak balik kampung?" Soal Aisyah, waktu itu kami berada di restoran untuk makan pagi bersama. Awal-awal lagi dah terpacak depan kedai ni, lapar punya pasal. Semalam masing-masing balik langsung tak jamah makanan pun.

Humaira' lagilah, langsung tak pulang ke rumah... Busy dengan kerja dekat pejabat dia tu.

"Jadilah, dah mak aku suruh. Ingatkan suruh aku balik sebab rindu aku. Rupanya..."

"Rupanya?" Soal Aisyah, tak sabar nak tahu ayat aku yang tergantung itu.

"Suruh aku pilih bakal suami aku."

Aisyah tersentak. "Kau dah nak kahwin ke weh..." Suara Aisyah seperti sedih. Pelik aku dengan minah ni, apahal? Aku nak kahwin pun, bukannya jadi betul ke tak. Nak pilih calon aje. Bukannya nak menghadap ilahi.

Haih, mulut kau Hasya! Tapi kalau dah ajal jemput dulu, nak mengelak pun mana boleh kan. Sebab tu kita kena get ready, dan sebab itulah Allah masih bukakan pintu taubat untuk umatnya.

"Kenapa?" Soal aku, pelik. Biasanya perempuan kalau kahwin, kawan dia akan bahagia jugak. Itu apa yang aku bacalah dekat dalam novel. Tak pun kawan dia menangis, menangis dalam kebahagiaan.

"Nanti tinggallah aku dengan Humaira' aje..."

Haha!

"Aisyah... Aku cuma kahwin aje, itupun tak tahulah jadi ke tak. Setakat pilih aje, kalau jadi itu bermakna jodoh dah sampai seru. Lagipun, kalau aku kahwin kita tetap berjumpa. Aku janji, tiap-tiap minggu aku lawat korang!" Kata aku bersungguh-sungguh. Gila... Siapalah yang tak sayangkan bestfriend sendiri!

"Good to hear that. Untung kau Hasya, muka lawa, bijak... Tapi satu ajelah, blur!" Aisyah tergelak-gelak mengutuk aku. Ceit, perangai sama dengan Adlan!

Adlan lagiii!!! Jangan ingat pasal dialah. Huh.

"Kuangjaqqq. Kemain kutuk aku eh," Aku mencubit lengan Aisyah. Tapi sempat pulak Aisyah nak mengelak. Kami berdua sakan ketawa.

"Akhirnya, terbuka jugak hati kau kan."

"Terbuka hati?"

"Untuk lelaki." Aisyah tersenyum. Aku angkat kening, tanda tak mengerti. Aku.terbuka.hati.untuk... lelaki?

"Maksud kau?" Soal aku. Aisyah dah buat muka menyampah. Terus aku tergelak. Sebenarnya aku faham maksud aku walaupun aku blur pada awalnya. Tapi, aku sengaja buat-buat tak faham dengan apa yang Aisyah kata.

"Kau dulu kan... Suka senior kita tu. Sampai dekat memana nampak lelaki handsome ke, lelaki mintak couple sekali pun, kau langsung tak layan." Balas Aisyah. Aku mengeluh.

Aku mengaku, memang dulu aku pernah sukakan seorang lelaki ni. Dia cuma beza 3 tahun daripada aku. Senior aku dan juga Aisyah. Aisyah tahu cerita ni, sebab apa-apa pun aku pasti akan cerita dekat dia.

Tapi, bab yang aku tak terima mana-mana lelaki tu memang betul. Kalau sekarang, aku memang dah lupakan lelaki tu. Aku tahu, mengharap ni pedih. Sebab itulah aku dah malas nak fikir pasal lelaki tu dah. Akhir-akhir, aku yang pedih. Aku dah tanggung kesakitan seorang diri.

Lelaki tu langsung tak tahu yang aku sukakan dia, as I expected, dia pun dah ada makwe waktu aku masuk U. Padan muka aku, sibuk nak sama universiti dengan dia konon bolehlah hari-hari intai dia ke, jadi stalker tak berbayar. Last-last, hari-hari tengok dia selalu study dengan makwe dia. It hurts me a lot. Tapi tu dulu, sekarang ni...

Waktu aku dah mula nak buka pintu untuk lelaki, tiba-tiba rasa sakit tu datang. Bukannya aku tak dengar apa yang Adlan selalu cakap...

"Hati aku tergerak untuk ke sini, tu yang aku datang tu. Tiba-tiba terjumpa pulak kau. Ada jodoh kot."

"Tulah aku kata... Ada jodoh."

"Thank you so much Sya! I love you!"

Blur-blur aku pun, bukannya aku jenis yang langsung tak boleh nak tangkap apa orang cakap. Aku tak tahulah sama ada Adlan cuma cakap macam tu sekadar memain ataupun aku sahaja yang terlalu ambik perkara ini sebagai perkara yang serius.

Susah betul bila jatuh cinta.

Sebab inilah, aku malas dah nak bercinta. Aku nak fokuskan kepada kerjaya aku. Tapi, bila jumpa Adlan... Lainlah hidup aku. Tak tahu kenapa, bila aku dengan dia... selesa.

Yelah betullah tu, kau dah jatuh cinta Hasya.

"Woi, termenung!"

"Eh, haaa amenda?" Terbeliak mata aku apabila Aisyah tiba-tiba sergah aku. Aisyah yang berada di depan aku terus ketawa.

Apahal entah minah ni gelakkan aku.

"Ingat siapa ha? Sampai aku panggil berkali-kali tak dengar, aku balik daripada kaunter pun kau masih gini. Apasal?" Soal Aisyah, aku dah geleng kepala banyak kali tanda tak ada apa-apa.

"Kau dah bayar?"

"Dah..."

"Oh."

Suasana tiba-tiba jadi senyap. Aku hanya melayan perasaan aku, Aisyah hanya melihat skrin telefon dari tadi. Sebenarnya, memang susah bila berharap dalam diam ni. Macam yang aku katakan tadi, sendiri tanggung, sendiri rasa pedih, sedih. Luka sendiri balut dan jahit, sendiri ubatkan balik.

Huh.

"Hasya... Kau kenapa? Ada benda nak share?" Soal Aisyah, seperti tahu apa yang aku rasa. Aku cuma senyum. "Aku okey,"

Aisyah angkat kening, tanda tak percaya. Aku senyum lagi. Rasanya, senyuman aku dah cukup meyakinkan bahawa aku memang tak ada apa-apa nak share hakikatnya terlalu banyak masalah yang aku fikirkan.

"Tipu. Aku kenal kau Sya. Mata tu, nampak sangatlah menipu." Balas Aisyah. Aku senyum lagi. Waktu ni aje, dah berapa kali aku senyum betul-betul nak yakinkan Aisyah.

"Ish... betullah." Aku sedut air minuman kegemaran aku, jus epal. Fuh, lega tekak!

Tiba-tiba Aisyah pegang tangan aku. "Hasya, sebenarnya aku tahu... Kau suka Adlan kan?"

Goose bumps!

Macam ada batu dari langit jatuh ke atas badan aku. Terkejut. Macam.mana.pulak.Aisyah.boleh.tahu?

Aisyah senyum senget.

"Aku nampak perubahan air muka kau waktu dekat sephora haritu. Bukannya aku tak nampak kau nak tegur Adlan, tapi bila nampak perempuan tu dengan Adlan kau berhenti melangkah. Kan? Aku tahu sangat perangai kau Sya..."

Lagi sekali... aku senyum.

"Betul tak nak share? Sekurang-kurangnya kau boleh ringankan beban yang kau rasa." Aisyah macam dah psiko aku, dan aku termakan dengan psiko dia!

"Aku sedihlah..." Tiba-tiba air mata menitik.

Aisyah terkejut. "Eh, Sya! Janganlah menangis. Aku ada ni, aku dengar cerita kau." Aisyah menukar tempat duduknya dan kini berada di sebelah aku. Cuba untuk menenangkan aku.

"Susahlah Sya hidup ni. Waktu aku dah bukak hati untuk lelaki, kenapa lelaki tak pernah nampak cinta aku?" Walhal aku tak pernah pun tunjuk yang aku cintakan Adlan. Sambung aku dalam hati.

"Sabarlah Sya... Mungkin Allah tahu yang terbaik. Ini cuma ujian semata-mata untuk kau." Balas Aisyah, tak habis-habis mengusap lembut bahu aku.

Aku tergelak. "Aku pun tak sedar bila aku suka dia. Bila dah lama tak jumpa ni, barulah aku tahu yang aku tengah rindu dia. Dah jumpa, tiba-tiba ada dengan makwe dia pulak."

Aisyah langsung tak gelakkan apa yang aku cakap. Benda ni kelakar, kelakar dalam sedih. Bunyi macam entah apa-apa tapi itulah yang aku rasakan sekarang ini.

"Mana kau tahu makwe dia?"

"Dah nampak mesra." Balas aku, yakin. Yakin dengan jawapan sendiri, sebab Adlan tak ada adik-beradik perempuan.

"Sudahlah Sya... Menangis lah. Lagipun kau dah lama tak menangis, lepaskan ajelah air mata tu, jangan tahan." Bila Aisyah cakap macam tu, makin kuat pulak aku menangis. Benci!

Aku dah tak peduli dah apa orang nak kata ke, orang pandang-pandang sekali pun. Asalkan aku puaslah air mata dah keluar. Walaupun hati masih lagi sakit.

Aku cuma nampak Adlan dengan perempuan tu aje, dah cukup buat aku sedih. Apa benda lah hati tisu sangat aku ni.

"Pertama kali aku jumpa dia pun, aku dah berdebar waktu dia pandang aku. Haha." Aku teringat waktu Adlan datang ke klinik aku beberapa bulan yang lepas. Waktu tu, hanya Allah sahajalah yang tahu betapa cuaknya aku bila Adlan pandang mata aku. Macam panahan mata.

"Kitorang tak banyak kali keluar. Tapi tak tahu kenapa, aku suka dia waktu dia pandang mata aku... Sounds cliche, kan? Haha." Lagi sekali, aku tergelak. Dah macam orang gila dah aku, gelak bercampur dengan menangis.

"Aku faham kau Sya. Siapalah yang tak sakit bila cinta tak berbalas kan. Okey, think positive eh. Mungkin ada hikmahnya kenapa mak kau suruh balik dan dia suruh kau pilih calon suami. Mungkin sebab, Allah nak gantikan yang lebih baik daripada apa yang kau tengah rasa sekarang ni. So, what can I say is, always think positive in Him, believe in Him. He knows everything."

Aku mengangguk. Lega dah bila dengar advice daripada Aisyah. "Thanks Syah. Sayang kau."

"Ye, aku sayang kau jugak. Kahwin nanti, I pengapit you okay!" Kata Aisyah, sempat nak bergurau. Tapi aku gelakkan jua.

Ye, mungkin ada benda yang lebih baik akan berlaku lepas apa yang aku dah lalui. Think positive.

***

"Assalamualaikum..." Aku beri salam. Apasallah senyap aje orang dekat dalam rumah ni?

Sekali lagi, aku beri salam.

Senyap jugak.

Eh, tak boleh jadi ni, terus aku ke arah ruang tamu. Maklumlah, ruang tamu dengan pintu utama jauh sangat. Mungkin inilah sebab kenapa orang dalam rumah tak dengar. Tapi, sampai sahaja di ruang tamu, aku lihat keadaan sekeliling. Sangat riuh, dan...

"Siapa pulak nak kahwin ni?" Soal aku, tiba-tiba.

Gila tak tiba-tiba!

Masuk aje ruang tamu, tengok-tengok ada pelamin. Woihhh, setahu aku, aku cuma ada seorang adik dan baru aje tingkatan berapa. Takkan dia yang kahwin?

Ohh, kkk. Mungkin sepupu aku yang kahwin. Tapi buat dekat rumah aku. Tapi...!!! Sepupu aku cuma ada 4 orang dan 2 orang dah kahwin lagi 2 orang dah ada anak pun!

Eee, konpius lah aku.

"Ehhh, Sya! Waalaikumussalam."

Eh eh, nak perli aku pulak! Aku tadi kemain beri salam, tak ada pulak orang nak jawab.

"Assalamualaikum w.b.t." Dengan penuh harkat aku beri salam.

"Siapa yang kahwin ni?" Sekali lagi aku menyoal, tanpa sempat orang dalam rumah menjawab salam.

"Hehe, Sya... Ikut mak kejap." Tiba-tiba mak tersengih. Aku dah seram sejuk. Lain macam aje sengihan mak kali ni. Amat... meragukan.

"Kenapa ni mak?"

"Sya, harap Sya tak marahlah ye kalau apa yang mak buat ni terlalu drastik ke. Tapi Sya, mak cuma nak Sya tahu yang..."

"Mak!" Tanpa sempat mak nak menghabiskan ayat dia, aku dah menyampuk.

"Ye Sya." Mak angguk.

Aku memang dah agak. Pelamin tu sebenarnya untuk aku. Apa ke laju sangat keputusan mak ni. Aku baru balik, dah di ajak suruh kahwin. Calon pun belum kenal lagi.

"Bukan ke mak kata, Sya balik cuma untuk pilih calon aje?"

"Bila mak kata?"

"Dalam telefon haritu lah mak!" Aku macam nak menangis dah. Tak nak lah kahwin dengan orang yang aku tak cinta... Orang yang aku dok selalu ingat ni cuma... Adlan aje.

Haih dahlah, sibuk nak fikir pasal Adlan. Entah-entah Adlan tengah bahagia, kau aje dok sibuk tepuk sebelah tangan.

"Mak cuma kata... yang pilih calon. Tapi mak lupa nak bagitahu yang lepas pilih calon terus kahwin." Tersentak aku dengan ayat mak.

Mak boleh lupa perkara yang serius macam tu?

"Mak ni, biar betul nak suruh Sya kahwin terus? Mak tak takut ke kalau Sya kahwin cepat-cepat tanpa kenal siapa pun suami Sya, lepastu Sya tak bahagia. Sanggup ke mak?" Soal aku.

"Kali ni mak yakin, dia ni memang sesuai untuk Sya. Kami pun memang nampak kesungguhan dia nakkan Sya."

"Nampak kesungguhan dia? Siapa 'dia' tu mak? Entah-entah berlakon aje ke..." Soal aku, tak percaya dengan kata-kata mak. Yelah sekarang ni, bukan semua orang boleh percaya. Tapi aku tak kata lah yang semua orang baik tu sebenarnya jahat. Tak semestinya. Tapi, perspektif kau tu...

Eh entahlah serabut!

"Mak dah janji dengan mamat tu, bila majlis nya?" Soal aku. Nak buat macam mana, persiapan dah siap. Memang mak dengan ayah buat keputusan tanpa berbincang dengan akulah... Tapi, apa lagi yang boleh aku bantah?

Semua macam dah nak siap.

"Lagi sebulan Sya."

"Haaa! Nampak sangat Sya tak payah pilih calon, mak sendiri dah pilihkan." Aku memuncungkan bibir. Sedih menyelubungi diri.

"Maafkan mak Sya... Mak rasa, cuma dia ajelah yang sesuai dengan Sya. Kesian mak tengok dia, memang betul nakkan Sya. Gigih tiap-tiap minggu datang daripada KL semata-mata nak lawat Daniel." Beritahu mak.

Daniel?

"Ohh, Daniel pun terlibat lah ni?" Soal aku. Geram.

Mak angguk dan tergelak.

"Boleh pulak mak gelak! Sya serious ni, sampai hati buat keputusan tak berbincang LANGSUNG pun dengan Sya." Tak sayang aku ke apa, sampai paksa-paksa suruh aku kahwin dengan entah siapa-siapa lah mamat tu.

"Inshaallah Sya. Mak yakin dengan keputusan kami sekeluarga. Dia terbaik untuk Sya. Lagipun, Sya memang dah kenal orang tu."

"Dah kenal?"

Mak mengangguk.

Ah tak kisahlah. Yang pentingnya, mana DANIEL?!

Terus aku cari Daniel di sekeliling rumah. Tiba sahaja di belakang rumah, aku lihat Daniel sedang gigih bersihkan kawasan rumah.

"Daniel!!!" Sergah aku. Tercampak terus penyapu lidi yang dipegang oleh Daniel. Padan muka kau, terkejut. Aku lagi terkejut tiba-tiba balik tak ada ribut, tak ada angin kena kahwin ni!

"Haih kak, apahal tetiba aje ni?"

"Tetiba kau kata? Yang kau tetiba sokong keputusan mak dengan ayah dah kenapa?"

Daniel tergelak. Haih mak dengan Daniel, memang sama aje perangai!

"Tulah orang jerit dalam phone haritu... Abang ipar favourite." Aku jeling Daniel. Eleh kau, semua benda nak dijadikan favourite.

"Kak, orang tu memang dekaaattt sangatlah dengan akak. Jangan risau, dia baik. Dia pun rapat dengan Daniel." Kata Daniel, tiba-tiba. Aku angkat kening, "Siapa?"

"Nanti kau tahulah, kak." Balasnya.

Menyampah!

***

"Baphaaakkk lah!"

Terkejut aku. Gila tak terkejut, tiba-tiba aje minah dua orang tu menjerit dekat telefon.

"Woih, aku lagi terkejut tau! Tahu-tahu aje, lagi sebulan kena kahwin. Dorang kata, aku kenal siapa mamat tu. Tapi bila tanya, tak nak pulak jawab! Eee, geramnya!" Luah aku dekat mereka berdua. Siapa lagi, Aisyah dengan Humaira' lah.

"Weh, gila ah."

"Biar benar."

See, kawan aku sendiri pun tak sangka dengan keputusan yang dibuat oleh keluarga aku. Lagilah aku, yang berada di kasut sendiri. Rasa nak gugur jantung pun ada!

"Kalau aku cakap tak nak kang, takut jadi derhaka pulak. Sebab persiapan semua dah siap. Mana taknya, lagi sebulan!"

"Kau tak tengok ke kad kahwin kau? Kot-kot ada nama kau dengan mamat tu?" Soal Humaira'. Bijak! Humaira' memang bagus!

"Haah, kenapalah aku tak fikir macam tu dari tadi. Tulah, terkejut sangat sampai ting tong kepala otak aku nak fikir apa pun dah tak boleh dah."

Mereka berdua cuma tergelak. "Balik-balik terus kena kahwin. Untung kau Sya, awal-awal dah nak kahwin. Kami berdua ni, calon pun takdak aih!" Ujar Aisyah.

Aku tergelak sinis. "Untung kau kata? Kalau kau rasa apa yang aku rasa, kau tahulah nasibnya! Terkejut beruk aku. Rasa macam aku ni mangsa keadaan."

"Ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi." Balas Humaira'. Hm, kenapalah semua perkara ni terjadi dekat aku?

"Bersangka baik pada Allah." Kata Aisyah pulak. Bagaikan tahu apa yang aku fikir. Betul kata Aisyah, sepatutnya aku ingat Dia, bukannya salahkan takdir.

Susah mana pun situasi tu, kena jugaklah ingat apa yang terjadi semua rancangan Allah.

"Okaylah korang, aku letak dulu. Isnin ni aku balik."

"Okay Sya. Doalah dekat dia eh." Balas Humaira'. Aku cuma mengangguk, macamlah Humaira' boleh nampak anggukan aku.

Telefon diletak. Aku termenung seketika.

Orang tu... aku kenal? Eh siapa? Baik dengan Daniel?

Takkan semua yang baik dengan Daniel, semua suami aku? Sebab, Daniel ni ramai betul yang baik dan rapat dengan dia! Eee, serabut!

***